Moor

'Moor' adalah perubatan tradisional digunakan di kebanyakan tempat di Eropah Tengah sejak berkurun lama. Semenjak 60 tahun kebelakangan ini, telah kerap dibuat penyelidikan klinikal ke atas terapi 'Moor' dan telah dibuktikan bahawa 'Moor' sememangnya mengandungi kaedah yang baik. Disebabkan itulah maka ratusan pakar perubatan di Eropah mengguna dan memperakukan perubatan secara Moor ini.

Perubatan secara 'Moor' memang telah lama wujud dan digunakan sejak zaman dahulu. Hampir 3,000 tahun dahulu, bangsa Celts dan Roman menggunakan 'Moor' di Austria dan German untuk merawat luka sewaktu peperangan. Rekod yang mula-mula diketahui mengenai penggunaan 'Moor' ialah daripada Galen, Plinius, begitu juga bijak pandai daripada era Egypt menyatakan penggunaan 'Moor' yang ditemui di Sungai Nil boleh merawat berbagai penyakit.

Pada kurun ke 16, Alchemist Paracelsus, seorang yang amat terkenal, memperakukan bahawa 'Moor' adalah Quinta Essentia Vitae yang mana beliau percaya ianya elixir of life ataupun air wangian yang digunakan sebagai ubat . Hari ini Moorbads atau Klinik 'Moor' menawarkan satu barangan yang mengenengahkan perubatan Moor di German, Austria, Hungary & negara-negara Eropah yang lain. Doktor-doktor di Eropah kerapkali membekalkan barangan 'Moor' untuk mengubati radangan dan rawatan sakit kulit, usus dan arthritis.

Kebanyakkan hospital di German dan Austria sekarang telah menyediakan kaedah rawatan 'Moor' dengan pekerja-pekerja yang amat mahir mengenai penggunaan Program Kesihatan Kebangsaan dan Agensi Kesihatan Insuran merangkumi perubatan secara 'Moor' meliputi di kebanyakkan tempat di Eropah.

Komponen bahan ajaib yang terkandung di dalam 'Moor' dibuat melalui projek kaji selidik oleh pengkaji NASA sejak awal tahun 50-an lagi. Ratusan herba, bahan organic, hormon tumbuhan, antibiotic semulajadi dan lain-lain bahan semulajadi digabungkan untuk mengeluarkah bahan ajaib yang pekat dan kaya dengan bahan-bahan organik semulajadi, iaitu 'Moor'. Bahan-bahan inilah yang menjadikan atau menaikan seri wajah, kulit lebih muda dan merawat penyakit kulit atau luka.
 

 

HMA FACTOR (Hydration Microalgae)

tercipta melalui proses nanotechnology yang membantu proses penyerapannya lebih cepat ke dalam kulit. Berkeupayaan untuk membaikpulih sel-sel kulit mati, meresap pantas ke dalam epidermis dan melakukan pembersihan (detoxification) secara menyeluruh. Sebatian ini juga kaya dengan antioksida, vitamin & mineral dari Eropah untuk mengembalikan keremajaan, awet muda, segar dan menyembuhkan kulit.

Selain itu, juga kaya dengan vitamin B1, B2, B12 dan niasin yang dapat membantu meningkatkan ketahanan kulit. Dengan kesesuaianya pada kulit, ia tidak akan menyebabkan radang pada kulit dan membantu melembabkan semua jenis kulit.

Make a free website with Yola